Tentang e-CSTP

Latar Belakang
Program Pensijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) telah diperkenalkan semasa Pelan Pengurusan Penghapusan Kloroflorokarbon (CFC) Keabangsaan (NCFCP) pada 2004 yang memfokuskan kepada bahan refrigen CFC (Kloroflorokarbon). Program ini telah dinaik taraf di dalam Pelan Pengurusan Penghapusan Hidrokloroflorokarbon (HPMP) yang memfokuskan pada Sektor Penyejukan dan Penyamanan Udara (RACs). Di bawah pelan ini juga satu Modul Latihan telah dibangunkan bagi menjalankan program pentauliahan CSTP.

Objektif

• Memastikan semua juruteknik RACs bertauliah selaras dengan Peraturan 5(1) dan (2) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020

• Untuk mempromosikan kesedaran di kalangan juruteknik mengenai impak alam sekitar dengan mempromosikan amalan terbaik dalam mengendalikan bahan refrigeran.

Pusat Latihan Bertauliah (ATC)

Dikendalikan di Pusat Kemahiran Bertauliah (ATC) yang ditauliahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Authorized Training Centre (ATC)

Kumpulan Sasaran

• Institut kemahiran dan vokasional

• Juruteknik Penyaman Udara

• Industri Penyejukbekuan dan Penyaman Udara; (Contoh: Kontraktor, Pembekal, Pengilang dan sebagainya)

Sistem e-CSTP

Sistem dalam talian (e-cstp) direka untuk merancang jadual Latihan, mendaftarkan juruteknik untuk Latihan dan memperoleh sijil pentauliahan apabila lulus peperiksaan. Sistem ini membantu ATC dalam menjalankan CSTP secara holistik.